Wednesday 21 May 2014

My Friend Z


Saya kenal Z semasa bekerja di sebuah syarikat swasta bagi menggantikan staf kami yang berhenti kerana akan berkahwin tak lama lagi. Z bertugas di bahagian procurement. Saya pula di bahagian belian barang. Masa saya mula-mula kenal dengan Z, dia seorang yang sangat disenangi dan mudah. Tidak pernah berkira , suka membantu dan suka senyum. Rasa seronok bila bekerja dengan Z walaupun dia muda dari saya tapi cara Z menunjukkan dia seorang yang matang.

Walaupun tempoh kami berkawan tak lama, tapi sepanjang saya berkawan dengan Z kami kerap keluar bersama.Saya dapat rasakan yang kami sangat tolerate antara satu sama lain. Z juga seorang yang sabar dengan saya ketika bekerja walaupun saya tahu dia seorang yang kadang-kadang berangin dan moody.

Kadang-kadang, saya tergelak sendiri bila teringat masa keluar dengan Z. Suatu hari, saya dan Z keluar bandar untuk singgah di hospital melawat adik iparnya yang sakit. Z parking kereta di tempat parking dalam hospital. Selesai melawat kami pun keluar. Masa nak keluar, ada sebuah kereta persona parking di simpang nak keluar parking. Kereta Z terkena kereta pesona,ada sedikit calar pada kereta Z dan kereta pesona.

Z mula naik angin. Dia marah pada pemilik kereta pesona kerana parking di simpang keluar dan agak menyusahkan pemandu lain yang ingin keluar parking. Saya cuba sabarkan Z. Kami bertanya pada pemilik kereta pesona untuk selesaikan masalah ini. Kemudian pemilik kereta tersebut memberitahu " tak apa,sikit je" saya pun rasa lega cuma Z yang agak berangin dalam masa yang sama dia merasa bersalah walaupun dia tahu itu bukan salah dia. Masa tu saya bagitahu Z, "dah..dah..selesai. Sabar..Biarkan je.."

Akhirnya,kami balik dalam keadaan Z yang baru nak bertenang. Saya ingatkan saya yang paling garang, rupanya kawan saya yang sorang ni agak berangin. Apa pun, satu saat yang kelakar bagi saya.

Pada penghujung tahun, saya agak sedih sebab berpisah dengan Z. Walaupun kami tak rapat, tapi kami sangat memahami. Saya dapat rasa chemistry dan instinct kami bila kami teringatkan masing-masing.
Bila saya teringatkan dia, mesti esoknya saya telefon dan dia pun dapat rasa yang saya nak contact dia.

P.s : Terima kasih Z sebab sudi kawan dengan saya yang agak childish ni. Semoga awak bahagia dan sihat selalu. You are the best even we are not my best friend

Thursday 15 May 2014

My friend L



Beberapa tahun yang lepas saya bekerja di sebuah syarikat swasta. Saya menguruskan bahagian dokumen dan belian barang. Saya mula kenal dengan L ketika L mula diambil bekerja di syarikat kerana kerja-kerja di pejabat makin bertambah dan perlukan seorang lagi staf.

Pada mulanya kami tidak banyak bercakap. Kami bekerja dengan serius kerana saya adalah seorang yang fokus ketika bekerja. Dan L pula yang baru bekerja tidak berani bergurau dengan saya dek kerana muka saya yang serius dan dia juga takut saya marah. 

Beberapa bulan kemudian barulah saya rapat sikit dengan L. Itu pun saya masih jarakkan hubungan kami kerana tak mahu terlalu rapat bimbang mudah terasa dan sakit hati. Masa tu dia dah pun bertunang jadi bila kami keluar saya akan pastikan yang dia dah minta izin dari mak dan ayah. Yelah,bimbang orang nak dekat kahwin ni kena jaga-jaga. Saya rasa seronok masa keluar dengan L. Dia bukanlah seorang yang liar. Alim pun tidak, biasa-biasa saja orangnya selalu ingatkan waktu Solat dan ajak pergi surau takut leka masa shopping dalam mall.
Sepanjang saya berkawan dengan L saya tak rasa apa-apa hanya menganggap kawan biasa. Dia seorang yang cekap dan pantas ketika bekerja,sederhana & cantik. Sangat menghormati saya pada hal saya muda dari dia.Kadang saya rasa dia buat saya macam saya tua sikit dari dia. Tapi saya tak kisah semua tu yang penting ikhlas dan jujur ketika berkawan.

Di penghujung tahun, saya dapat tahu yang L akan berhenti kerja kerana dia akan berkahwin bulan depan dan tinggal bersama bakal suaminya. Mula-mula saya dapat tahu saya tidak rasa apa-apa. Bila tempoh notis semakin hampir saya rasa sedih. Kami berkawan tak sampai setahun tapi perpisahan yang dirasakan amat sedih. Dia pernah berkata yang dia kasihankan saya bekerja seorang dalam pejabat dengan kerja yang banyak dan dia tak nak berhenti. Saya bagitahu dia yang jangan kasihankan saya, hidup perlu diteruskan. Saya tak nak kerana saya kehidupan dia tersangkut walhal dalam hati saya sebenarnya saya tak mahu dia berhenti. Tapi saya tak nak jadi orang yang pentingkan diri. Saya pun nak lihat kawan saya bahagia.

Akhirnya saya redha, mungkin agak sukar untuk berjumpa di masa akan datang kerana sudah berkahwin. Saya betul-betul rasa kehilangan. Kami sama-sama dapat rasa yang kami saling memerlukan hanya bila kami dah berpisah.

Bila fikir balik, kami tidak rapat sangat (kamcing), sahabat pun tak. Hanya kawan biasa-biasa saja. Mungkin kerana kami hanya kawan biasa buat kami rapat.

P/S: L, terima kasih sebab sudi kawan dengan saya yang serba kurang ni. Saya rindu sangat dengan awak.
Ada satu masa saya terasa dengan awak, masa tu saya hanya bercerita mengenai pakaian saya. Tapi riak wajah awak seperti tak endahkan saya buat saya seperti asing. Apa pun, ia dah berlalu.

My friend D


Saya ada seorang kawan yang saya kenal masa kerja di n9. Mula-mula saya kenal dia seorang yang sangat baik dan prihatin. Selalu mempertahankan saya dan melindungi saya. Saya rasa seperti dia seorang sahabat yang boleh saya harapkan dan percaya. Tapi tak semua yang saya fikirkan betul. Selepas beberapa bulan tinggal bersama di sebuah rumah sewa. Saya perhatikan sikapnya. Bila tinggal bersama saya dia agak liar, tidak memakai tudung ketika keluar waktu malam dan selalu keluar lepak dan borak-borak kosong dengan kawan-kawan lelaki di kedai makan atau cafe.

Bukan saya tak kisah tapi dia seakan tidak faham dan mengerti. Apakah saya perlu menegurnya banyak kali? Bukan saya tak pernah tegur. Tapi dia hanya tersenyum bila saya tegur. Saya tegur dengan nada biasa kerana tidak ingin dia terasa. Saya pun bukanlah baik sangat cuma nak ingatkan kerana saya kawan dia.

Ada masa kami keluar bersama dengan kawan-kawan yang lain untuk hilangkan penat kami bekerja pada siang hari. Saya seronok bersama D tapi ada saja yang saya tak berkenan dengan sikap dia. Saya terpaksa biarkan dia dengan sikapnya walhal saya tak suka.Satu hari D bawa saya dan kawan-kawan lain balik ke rumah keluarganya. Dia memakai baju kurung dan bertudung, amat sopan tidak seperti semasa bersama kami. Saya rasa terkejut kerana dengan kami tidaklah sesopan itu. Bila balik jumpa mak dan ayah semuanya lain. Nampak macam anak mithali.

Kenapa saya selalu dipertemukan dengan kawan-kawan yang macam ni? Saya cuba untuk memperbaiki diri saya tapi saya tetap jumpa dengan orang jenis macam ni. Bila fikir semula,mungkin tuhan temukan saya dengan orang yang macam ni supaya pandai menilai bukan semua yang kita nampak baik adalah baik.Jangan mudah rasa dengan sedikit kebaikan menganggap semuanya baik.

P/S : Saya sayangkan D tapi dia telah banyak menyakiti hati saya dengan kata-kata yang mengguris perasaan saya. Saya ingatkan persahabatan ini akan berpanjangan tapi saya tak boleh teruskan jika hati saya terus sakit dan sakit. Maafkan saya D. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya. Segala kenangan saya dan awak akan terus kekal dalam ingatan. Cuma nasihat saya bila awak dah ada kawan baru janganlah sakitkan hatinya.

Wednesday 14 May 2014

Fe'el kawan-kawan kolej


Masa zaman belajar di kolej dulu, ada seorang kawan perempuan kos sama dan kumpulan sama dengan saya. Saya ingatkan dia ni baik. Rupanya, saya dapat tahu yang dia selalu keluar dengan lelaki yang dia baru kenal melalui yahoo messenger dan ekawan. Kerap keluar dengan orang yang berbeza bila tiada aktiviti pada hari cuti dan tiada kuliah. Pada hujung minggu, biasanya pelajar akan balik ke kolej. Tapi dia keluar overnight di KL dengan lelaki lain. Saya tak sangka yang dia berani buat macam tu. Pada hal, mak dan ayah dia tunggu dia di kampung. Parent dia ingat dia ada aktiviti di kolej. Kesian dengan parent dia. Masa saya dapat tahu yang sikap dia macam tu. Saya terkejut.

Kadang-kadang, kita tak boleh expect orang sekeliling kita baik. Kadang yang kita nampak baik tu bukan baik pun. Last2 kita boleh terseret sama dengan sikap mereka yang macam tu.

Ada sekali tu, kami baru tamat kursus dan kena buat praktikal di area KL. Semua tahu KL macam mana. Ibarat masuk kawasan Black Area,macam-macam kes ada. So, nak tak nak kami kena cari rumah sewa yang dekat dengan tempat kami praktikal dan ada transport. Saya terpaksa follow dia sebab kawan saya yang lain duduk rumah lain. Kalau ikutkan kawan yang elok tu duk dengan kawan-kawan yang lain. Kira diaorang ni buat group diaorang. Masa kat kolej xde pula camtu. Masa kursus boleh buat kawan saya menjauh dari saya. Terasa juga saya, tapi takpelah mungkin ada baiknya. Ok,sambung balik. Dah dapat cari rumah sewa, duduklah kami bertiga sebilik. Susah juga dapat kawan jenis suka keluar dengan lelaki  tak kira masa. Dengan gediknya. Lepas tu buat style orang KL, pada hal asal kampung dekat dengan orang asli.

Dah tu nak buat macam mana sekarang? Bila fikir balik, saya tak nak berkawan dengan orang macam ni. Tapi tuhan temukan saya dengan orang-orang macam ni. Banyak yang saya jumpa. Sampai sekarang kalau saya teringat dan tertanya pada diri saya sendiri. Kenapa saya kenal dengan orang ni? Tak boleh ke bertemu dengan orang yang baik-baik. Menyesal pun ada.

Kawan @ Teman



Kawan @ Teman satu nama yang bagi sesetengah dari kita rasa suka dan teruja bila bercakap pasal kawan.
Masing-masing mempunyai kawan dari berbagai latar belakang yang berbeza. Kawan boleh menjadi tempat kita berkongsi segala cerita suka dan duka. Tapi bagi saya, setelah melalui zaman belajar dan kerja. Berbagai jenis kawan yag saya jumpa. Ada yang elok dan ada juga yang kurang elok. Kadang-kadang kita mengharapkan seorang kawan yang boleh memahami kita dan membimbing kita. Tapi tak semua yang kita harapkan kita akan dapat.

Semasa zaman sekolah rendah saya, adalah zaman yang paling seronok ketika berkawan. Kerana ketika itu, masing-masing ceria dan ikhlas dalam berkawan,suka membantu. Tiada langsung sifat-sifat sombong,dengki, meninggi diri dan pentingkan diri. Yelah, mungkin kerana masih kanak-kanak yang masih lagi suci yang tidak terpengaruh dengan sikap-sikap negatif. Bak kata Prof. Dr Muhaya " Masa kecil adalah diri kita yang sebenar yang tiada rasa ego ". Memang betul apa yang dikatakan beliau.

Masuk saja ke sekolah menengah(agama), semuanya lain dari apa yang saya sangkakan. Saya fikir semuanya masih sama. Rupanya tidak, kerana kebanyakan  kawan-kawan yang saya kenal cuba membuat kumpulan masing-masing. Saya yang agak mentah masa itu tidak faham dan tertanya-tanya kenapa perlu berpuak-puak? Bukankah kita semua adalah kawan. Akhirnya, saya faham. Mereka adalah orang tidak boleh duduk semeja dan merasakan mereka adalah yang paling bagus. Macam saya pula, saya kawan dengan semua. Saya tak suka ada group.

Pada masa itu, saya hanya ada seorang kawan yang betul-betul ikhlas berkawan. Bukannya memilih kawan kerana rupa dan prestasi belajar cemerlang. Saya rasa sangat gembira dan seronok bila bersama A. Seorang kawan yang happy go lucky, tidak pernah terlihat raut sedih pada wajahnya.Hanya senyuman selalu terukir di wajah A. Seorang yang suka berkongsi cerita dan membimbing saya jika saya tidak faham dalam pelajaran juga seorang yang sangat sederhana. Saya merasakan setiap masa yang saya lalui bersama A adalah saat-saat yang gembira.

Tapi semua hanya sementara, masuk tingkatan 5. Saya dapat tahu yang A akan berpindah ke sekolah menengah biasa. Masa tu saya rasa sedih sangat. Sebab, satu-satunya kawan yang selalu buat saya gembira akan berpindah. Bermakna kami akan berpisah. Hanya tuhan yang tahu perasaan saya masa tu. Rasa seperti burung patah sayap. Saya tak sanggup berpisah dengan A. Agak sukar melakukannya. Akhirnya, A berpindah. Hari-hari yang saya lalui agak suram. Walaupun saya ada kawan yang lain tapi mereka tak sama macam A yang berkawan atas dasar keikhlasan.

Kadang-kadang, saya akan menangis sendirian pada waktu malam kerana merindui A. Bila mengenangkan masa-masa dan saat yang kami lalui bersama. A, walaupun 15 tahun telah berlalu, saya masih ingat saat- saat yang kita lalui. Segala kenangan antara kita masih lagi segar dalam ingatan. Saya sentiasa doakan kebahagiaan A. Mungkin bila kita bertemu kembali semuanya dah berubah kerana saya bukan lagi seperti yang dulu.