Wednesday, 14 May 2014
Fe'el kawan-kawan kolej
Masa zaman belajar di kolej dulu, ada seorang kawan perempuan kos sama dan kumpulan sama dengan saya. Saya ingatkan dia ni baik. Rupanya, saya dapat tahu yang dia selalu keluar dengan lelaki yang dia baru kenal melalui yahoo messenger dan ekawan. Kerap keluar dengan orang yang berbeza bila tiada aktiviti pada hari cuti dan tiada kuliah. Pada hujung minggu, biasanya pelajar akan balik ke kolej. Tapi dia keluar overnight di KL dengan lelaki lain. Saya tak sangka yang dia berani buat macam tu. Pada hal, mak dan ayah dia tunggu dia di kampung. Parent dia ingat dia ada aktiviti di kolej. Kesian dengan parent dia. Masa saya dapat tahu yang sikap dia macam tu. Saya terkejut.
Kadang-kadang, kita tak boleh expect orang sekeliling kita baik. Kadang yang kita nampak baik tu bukan baik pun. Last2 kita boleh terseret sama dengan sikap mereka yang macam tu.
Ada sekali tu, kami baru tamat kursus dan kena buat praktikal di area KL. Semua tahu KL macam mana. Ibarat masuk kawasan Black Area,macam-macam kes ada. So, nak tak nak kami kena cari rumah sewa yang dekat dengan tempat kami praktikal dan ada transport. Saya terpaksa follow dia sebab kawan saya yang lain duduk rumah lain. Kalau ikutkan kawan yang elok tu duk dengan kawan-kawan yang lain. Kira diaorang ni buat group diaorang. Masa kat kolej xde pula camtu. Masa kursus boleh buat kawan saya menjauh dari saya. Terasa juga saya, tapi takpelah mungkin ada baiknya. Ok,sambung balik. Dah dapat cari rumah sewa, duduklah kami bertiga sebilik. Susah juga dapat kawan jenis suka keluar dengan lelaki tak kira masa. Dengan gediknya. Lepas tu buat style orang KL, pada hal asal kampung dekat dengan orang asli.
Dah tu nak buat macam mana sekarang? Bila fikir balik, saya tak nak berkawan dengan orang macam ni. Tapi tuhan temukan saya dengan orang-orang macam ni. Banyak yang saya jumpa. Sampai sekarang kalau saya teringat dan tertanya pada diri saya sendiri. Kenapa saya kenal dengan orang ni? Tak boleh ke bertemu dengan orang yang baik-baik. Menyesal pun ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment