Wednesday, 14 May 2014

Kawan @ Teman



Kawan @ Teman satu nama yang bagi sesetengah dari kita rasa suka dan teruja bila bercakap pasal kawan.
Masing-masing mempunyai kawan dari berbagai latar belakang yang berbeza. Kawan boleh menjadi tempat kita berkongsi segala cerita suka dan duka. Tapi bagi saya, setelah melalui zaman belajar dan kerja. Berbagai jenis kawan yag saya jumpa. Ada yang elok dan ada juga yang kurang elok. Kadang-kadang kita mengharapkan seorang kawan yang boleh memahami kita dan membimbing kita. Tapi tak semua yang kita harapkan kita akan dapat.

Semasa zaman sekolah rendah saya, adalah zaman yang paling seronok ketika berkawan. Kerana ketika itu, masing-masing ceria dan ikhlas dalam berkawan,suka membantu. Tiada langsung sifat-sifat sombong,dengki, meninggi diri dan pentingkan diri. Yelah, mungkin kerana masih kanak-kanak yang masih lagi suci yang tidak terpengaruh dengan sikap-sikap negatif. Bak kata Prof. Dr Muhaya " Masa kecil adalah diri kita yang sebenar yang tiada rasa ego ". Memang betul apa yang dikatakan beliau.

Masuk saja ke sekolah menengah(agama), semuanya lain dari apa yang saya sangkakan. Saya fikir semuanya masih sama. Rupanya tidak, kerana kebanyakan  kawan-kawan yang saya kenal cuba membuat kumpulan masing-masing. Saya yang agak mentah masa itu tidak faham dan tertanya-tanya kenapa perlu berpuak-puak? Bukankah kita semua adalah kawan. Akhirnya, saya faham. Mereka adalah orang tidak boleh duduk semeja dan merasakan mereka adalah yang paling bagus. Macam saya pula, saya kawan dengan semua. Saya tak suka ada group.

Pada masa itu, saya hanya ada seorang kawan yang betul-betul ikhlas berkawan. Bukannya memilih kawan kerana rupa dan prestasi belajar cemerlang. Saya rasa sangat gembira dan seronok bila bersama A. Seorang kawan yang happy go lucky, tidak pernah terlihat raut sedih pada wajahnya.Hanya senyuman selalu terukir di wajah A. Seorang yang suka berkongsi cerita dan membimbing saya jika saya tidak faham dalam pelajaran juga seorang yang sangat sederhana. Saya merasakan setiap masa yang saya lalui bersama A adalah saat-saat yang gembira.

Tapi semua hanya sementara, masuk tingkatan 5. Saya dapat tahu yang A akan berpindah ke sekolah menengah biasa. Masa tu saya rasa sedih sangat. Sebab, satu-satunya kawan yang selalu buat saya gembira akan berpindah. Bermakna kami akan berpisah. Hanya tuhan yang tahu perasaan saya masa tu. Rasa seperti burung patah sayap. Saya tak sanggup berpisah dengan A. Agak sukar melakukannya. Akhirnya, A berpindah. Hari-hari yang saya lalui agak suram. Walaupun saya ada kawan yang lain tapi mereka tak sama macam A yang berkawan atas dasar keikhlasan.

Kadang-kadang, saya akan menangis sendirian pada waktu malam kerana merindui A. Bila mengenangkan masa-masa dan saat yang kami lalui bersama. A, walaupun 15 tahun telah berlalu, saya masih ingat saat- saat yang kita lalui. Segala kenangan antara kita masih lagi segar dalam ingatan. Saya sentiasa doakan kebahagiaan A. Mungkin bila kita bertemu kembali semuanya dah berubah kerana saya bukan lagi seperti yang dulu.

No comments:

Post a Comment