Thursday, 15 May 2014

My friend L



Beberapa tahun yang lepas saya bekerja di sebuah syarikat swasta. Saya menguruskan bahagian dokumen dan belian barang. Saya mula kenal dengan L ketika L mula diambil bekerja di syarikat kerana kerja-kerja di pejabat makin bertambah dan perlukan seorang lagi staf.

Pada mulanya kami tidak banyak bercakap. Kami bekerja dengan serius kerana saya adalah seorang yang fokus ketika bekerja. Dan L pula yang baru bekerja tidak berani bergurau dengan saya dek kerana muka saya yang serius dan dia juga takut saya marah. 

Beberapa bulan kemudian barulah saya rapat sikit dengan L. Itu pun saya masih jarakkan hubungan kami kerana tak mahu terlalu rapat bimbang mudah terasa dan sakit hati. Masa tu dia dah pun bertunang jadi bila kami keluar saya akan pastikan yang dia dah minta izin dari mak dan ayah. Yelah,bimbang orang nak dekat kahwin ni kena jaga-jaga. Saya rasa seronok masa keluar dengan L. Dia bukanlah seorang yang liar. Alim pun tidak, biasa-biasa saja orangnya selalu ingatkan waktu Solat dan ajak pergi surau takut leka masa shopping dalam mall.
Sepanjang saya berkawan dengan L saya tak rasa apa-apa hanya menganggap kawan biasa. Dia seorang yang cekap dan pantas ketika bekerja,sederhana & cantik. Sangat menghormati saya pada hal saya muda dari dia.Kadang saya rasa dia buat saya macam saya tua sikit dari dia. Tapi saya tak kisah semua tu yang penting ikhlas dan jujur ketika berkawan.

Di penghujung tahun, saya dapat tahu yang L akan berhenti kerja kerana dia akan berkahwin bulan depan dan tinggal bersama bakal suaminya. Mula-mula saya dapat tahu saya tidak rasa apa-apa. Bila tempoh notis semakin hampir saya rasa sedih. Kami berkawan tak sampai setahun tapi perpisahan yang dirasakan amat sedih. Dia pernah berkata yang dia kasihankan saya bekerja seorang dalam pejabat dengan kerja yang banyak dan dia tak nak berhenti. Saya bagitahu dia yang jangan kasihankan saya, hidup perlu diteruskan. Saya tak nak kerana saya kehidupan dia tersangkut walhal dalam hati saya sebenarnya saya tak mahu dia berhenti. Tapi saya tak nak jadi orang yang pentingkan diri. Saya pun nak lihat kawan saya bahagia.

Akhirnya saya redha, mungkin agak sukar untuk berjumpa di masa akan datang kerana sudah berkahwin. Saya betul-betul rasa kehilangan. Kami sama-sama dapat rasa yang kami saling memerlukan hanya bila kami dah berpisah.

Bila fikir balik, kami tidak rapat sangat (kamcing), sahabat pun tak. Hanya kawan biasa-biasa saja. Mungkin kerana kami hanya kawan biasa buat kami rapat.

P/S: L, terima kasih sebab sudi kawan dengan saya yang serba kurang ni. Saya rindu sangat dengan awak.
Ada satu masa saya terasa dengan awak, masa tu saya hanya bercerita mengenai pakaian saya. Tapi riak wajah awak seperti tak endahkan saya buat saya seperti asing. Apa pun, ia dah berlalu.

No comments:

Post a Comment