Thursday, 15 May 2014

My friend D


Saya ada seorang kawan yang saya kenal masa kerja di n9. Mula-mula saya kenal dia seorang yang sangat baik dan prihatin. Selalu mempertahankan saya dan melindungi saya. Saya rasa seperti dia seorang sahabat yang boleh saya harapkan dan percaya. Tapi tak semua yang saya fikirkan betul. Selepas beberapa bulan tinggal bersama di sebuah rumah sewa. Saya perhatikan sikapnya. Bila tinggal bersama saya dia agak liar, tidak memakai tudung ketika keluar waktu malam dan selalu keluar lepak dan borak-borak kosong dengan kawan-kawan lelaki di kedai makan atau cafe.

Bukan saya tak kisah tapi dia seakan tidak faham dan mengerti. Apakah saya perlu menegurnya banyak kali? Bukan saya tak pernah tegur. Tapi dia hanya tersenyum bila saya tegur. Saya tegur dengan nada biasa kerana tidak ingin dia terasa. Saya pun bukanlah baik sangat cuma nak ingatkan kerana saya kawan dia.

Ada masa kami keluar bersama dengan kawan-kawan yang lain untuk hilangkan penat kami bekerja pada siang hari. Saya seronok bersama D tapi ada saja yang saya tak berkenan dengan sikap dia. Saya terpaksa biarkan dia dengan sikapnya walhal saya tak suka.Satu hari D bawa saya dan kawan-kawan lain balik ke rumah keluarganya. Dia memakai baju kurung dan bertudung, amat sopan tidak seperti semasa bersama kami. Saya rasa terkejut kerana dengan kami tidaklah sesopan itu. Bila balik jumpa mak dan ayah semuanya lain. Nampak macam anak mithali.

Kenapa saya selalu dipertemukan dengan kawan-kawan yang macam ni? Saya cuba untuk memperbaiki diri saya tapi saya tetap jumpa dengan orang jenis macam ni. Bila fikir semula,mungkin tuhan temukan saya dengan orang yang macam ni supaya pandai menilai bukan semua yang kita nampak baik adalah baik.Jangan mudah rasa dengan sedikit kebaikan menganggap semuanya baik.

P/S : Saya sayangkan D tapi dia telah banyak menyakiti hati saya dengan kata-kata yang mengguris perasaan saya. Saya ingatkan persahabatan ini akan berpanjangan tapi saya tak boleh teruskan jika hati saya terus sakit dan sakit. Maafkan saya D. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya. Segala kenangan saya dan awak akan terus kekal dalam ingatan. Cuma nasihat saya bila awak dah ada kawan baru janganlah sakitkan hatinya.

No comments:

Post a Comment